Biodata Pengasas Dan Penasihat Komuniti Ruqyah Syariyyah Singapura

Biodata Pengasas dan Penasihat Komuniti Ruqyah Syariyyah Singapura
Segala puji bagi ALLAH S.W.T. rabb semesta alam atas segala rahmat dan hidayahNya. Selawat dan salam senantiasa tercurah kepada qudwah dan uswah kita Nabi Muhammad S.A.W. beserta keluarga, sahabat dan para pengikutnya yang masih komitmen dan konsisten dengan ajaran Islam hingga akhir zaman.
Singapura merupakan sebuah negara dengan jumlah penduduk majoriti penduduk berbangsa Melayunya beragama Islam. Sayangnya masih banyak yang berpegang kepada kepercayaan yang karut marut yang tidak ada nas atau dalil dari Al Quran & periwayatan Hadith. Walaupun hidup di zaman serba canggih & moden, jumlah yang mengamalkan amalan amalan seperti memakai tangkal,azimat,wafaq dan lain lain lagi semakin hebat dikalangan masyarakat kita amnya.
Mudah mudahan dengan tertubuhnya Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura akan dapat membantu masyarakat kita yang dibelenggu masalah gangguan dan sihir untuk mencuba merawat diri sendiri. Kami ingin menyampaikan mesej untuk menjauhkan diri dari perbuatan Syirik dan khurafat dan dengan pemahaman ini juga dapat memelihara kita dan ahli keluarga kita dari kemurkaan ALLAH S.W.T. Amin.
Sheikh Zahurin Al-Jawiah
Pengasas & Penasihat

Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura

Ketua Perawat

Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura

Perawat Darul Ruqiyyah Malaysia


Berpengalaman selama 15 tahun Guru guru saya yang saya hormati dan kasihi :

1) Ust.Prof.Jumadi Mustar
2) Ust.Suhaimi Mustar

3) Allahyarham Hj.Mohd

4) Ust.Amran Kasimin (Darussyifa)

5) Ust.Moktar Kassan (Darussyifa)
6) Ust.Muhammad Mihdhar Mahmood

7) Ust.Mohd Suhaimi Rozali (Darul Ruqiyyah)
Segala puji bagi ALLAH S.W.T. rabb semesta alam atas segala rahmat dan hidayahNya. Selawat dan salam senantiasa tercurah kepada qudwah dan uswah kita Nabi Muhammad S.A.W. beserta keluarga, sahabat dan para pengikutnya yang masih komitmen dan konsisten dengan ajaran Islam hingga akhir zaman. Di sini saya ingin memaklumkan pada masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan ugama pengalaman pengalaman saya selama 15 tahun merawat di dalam dan luar negeri. Di antara kes kes yang saya pernah merawat adalah seperti tertera dibawah :
1.Gangguan
  • Sampuk
  • Dinah
  • Terlanggar laluan Makhluk Halus
  • Memisahkan perkahwinan Jin & Manusia
  • Kerasukkan
  • Meracau
  • Sawan
  • Sawan Tangis
  • Badi Mayat
  • Merawat anak atau isteri yang lari dari rumah
  • Mayat yang hanyut di laut yang tidak dapat dicari
  • Semangat yang dipuja
  • Merawat menggunakan Handphone
  • Merawat melalui video conferencing menggunakan notebook PC


2.Sihir
  • Sihir Pemisah
  • Sihir Mahabbah (Kecintaan)
  • Sihir Kera Sumbang
  • Sihir Menggagalkan Pernikahan
  • Sihir Gila
  • Sihir Pelalau
  • Sihir Pukau
  • Santau Angin
  • Santau Makan/Busung
  • Santau Pijak
  • Sihir Jerut Kemaluan Lelaki dan Wanita
  • Sihir Pendarahan
  • Sihir Penyakit
  • Minyak Dagu
  • Sihir Pengasih
  • Sihir Penunduk
  • Sihir Penggerun
3.Ilmu Kesaktian
  • Ilmu Kebatinan
  • Ilmu Kebal
  • Ilmu Kuda Kepang
  • Saka Keturunan
  • Saka Harimau
  • Saka Buaya
  • Saka Ular
  • Ilmu yang beserta perjanjian
  • Ilmu yang menggunakan mantera
  • Ilmu Patigeni
  • Ilmu Kanuragan
  • Susuk
4.Penyakit penyakit Kronik
  • Darah Tinggi
  • Bisa dalam perut
  • Muntah darah
  • Cancer
  • Kencing Manis
  • Asthma
  • Sakit Kaki bagi wanita
  • Migraine
  • Demam Panas
  • Sakit Jantung
* Penyakit penyakit kronik yang saya rawat setelah pesakit sendiri telah ikhtiar ke hospital dan berjumpa specialists tetapi penyakitnya tidak dapat dikesan dan pesakit akan kelihatan orang yang menderita seperti penyakit penyakit yang tertera diatas. 

Mudah mudahan segala niat suci dan usaha untuk membantu masyarakat Singapura akan dirahmati dan diterima segala amal kebajikan oleh ALLAH S.W.T. Amin.